Wednesday, December 30, 2009

terjemahan al-quran-memahami ALLAH S.W.T


assalamualaikum...

Terjemahan al-Quran – Memahami Allah Subhanahuwata’ala. Dan Tuhan Yang Kita Kenali

Surah Yusuf – 40, 106

40. apa Yang kamu sembah, Yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama Yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang Bukti Yang membenarkannya. sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia. Yang demikian itulah ugama Yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

106. dan (orang-orang Yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukanNya juga Dengan Yang lain.

Surah An Nahl – 103

103. dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka Yang musyrik itu berkata: ” sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia”. (padahal) bahasa orang Yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab Yang fasih nyata.

Surah Al Israa’ – 39, 110

39. perintah Yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat Yang telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) oleh Rabbmu. dan (ingatlah) janganlah Engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu Yang lain Yang disembah, kerana akibatnya Engkau akan dicampakkan ke Dalam neraka jahannam Dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah).

110. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia”. dan janganlah Engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah Engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara Yang sederhana antara itu.

Surah Al Maidah – 44, 73

44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, Yang mengandungi petunjuk dan cahaya Yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi Yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga Yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

73. Demi Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang Yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga sembahan”. padahal tiada Illah (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa. dan jika mereka tidak berhenti dari apa Yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang Yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

Surah Az Zumar – 45

45. dan (di antara keburukan orang-orang Yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di Dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka Yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama Yang mereka sembah dan puja Yang lain dari Allah, mereka Dengan serta merta riang dan gembira.

Surah Thaahaa – 8, 98, 113

8. Allah! tiada Illah Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah Segala nama Yang baik.

98. “Sesungguhnya Illah kamu hanya Allah, Yang tidak ada Illah melainkan Dia, Yang meliputi pengetahuannya akan tiap-tiap sesuatu”.

113. dan Demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan Dalam bahasa Arab, dan Kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.

Surah Adz Dzariyaat – 51

51. “Dan janganlah kamu adakan Illah Yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), Sesungguhnya Aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran Yang nyata”.

Surah Al A’raaf – 59, 70, 71, 180

59. Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Illah bagi kamu selain daripada Allah. Sesungguhnya Aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari Yang besar (hari kiamat)”

70. mereka berkata: “Adakah Engkau datang kepada Kami supaya Kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa Yang pernah disembah oleh datuk nenek Kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab Yang Engkau janjikan kepada kami, jika betul Engkau dari orang-orang Yang benar”.

71. Nabi Hud menjawab: “Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Rabb kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama Yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang Bukti Yang membenarkannya? maka tunggulah (kedatangan azab itu), Sesungguhnya Aku juga dari orang-orang Yang turut menunggu bersama-sama kamu”.

180. dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.

Surah Al Baqarah – 22, 80, 165

22. Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah Maha Esa).

80. dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari Yang tertentu”. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu Yang tidak kamu mengetahuinya?”

165. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Surah Al Ana’aam – 56, 102, 151

56. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku dilarang menyembah mereka Yang kamu sembah Yang lain dari Allah”. Katakanlah lagi: “Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau Aku turut, Sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah Aku dari orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk”.

102. Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Rabb kamu, tiada Illah (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka Beribadatlah kamu kepadaNya. dan (ingatlah) Dia lah Yang mentadbirkan segala-galanya.

151. katakanlah: “Marilah, supaya Aku bacakan apa Yang telah diharamkan oleh Rabb kamu kepada kamu, Iaitu janganlah kamu sekutukan Dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah Yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – Yang terang daripadanya dan Yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa Yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

Surah Az Zukhruf – 45

45. dan Bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul Yang Kami telah utuskan sebelummu; Pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang sembahan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pengasih.

Surah Al Ahqaaf – 28

28. maka sepatutnya mereka dibela oleh Segala Yang mereka sembah Yang lain dari Allah sebagai penyembahan untuk mendekatkan diri (kepada Allah)? (tetapi tidak), bahkan Segala Yang mereka sembah itu telah hilang lenyap dari mereka. dan Demikianlah akibat penyelewengan mereka dan kepercayaan Yang mereka telah ada-adakan.

Surah Faathir – 40

40. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk-makhluk Yang kamu jadikan sekutu-sekutu, Yang kamu seru dan sembah selain Allah? tunjukkanlah kepadaKu apa Yang mereka telah ciptakan dari bahagian bumi ini?. atau Adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) Dalam mencipta dan menguruskan langit? atau Pernahkah Kami memberi mereka sebuah Kitab (mengakui mereka menjadi kongsi kami), maka (dengan itu menjadilah) perkongsian mereka berdasarkan keterangan Yang terdapat dari Kitab itu? “(Tidak ada sesuatu alasan pun) bahkan orang-orang Yang zalim itu, terpedaya Dengan kata-kata Yang disebutkan oleh setengahnya kepada Yang lain, kata-kata Yang hanya menjanjikan perkara Yang tidak benar.

Surah Al Hasyr – 22, 23, 24

22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Illah melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyanyang.

23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Illah melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.

24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Surah Al Kahfi – 110

110. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Illah kamu hanyalah Illah Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Rabbnya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Rabbnya”.

Surah Al Hajj – 31

31. (Amalkanlah perkara-perkara itu) Dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengannya; dan sesiapa Yang mempersekutukan sesuatu Yang lain Dengan Allah maka seolah-olah Dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat Yang jauh (yang membinasakan).

Surah Al Maidah – 72

72. Demi sesungguhnya! telah kafirlah orang-orang Yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Rabbku dan Rabb kamu, bahawasanya sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang Penolong pun bagi orang-orang Yang berlaku zalim”.


http://cahayahikmah.wordpress.com


No comments:

Post a Comment