Sunday, December 6, 2009

Ada yg menyimpan hasrat ?

ASSALAMUALAIKUM.....


hm..ana tak tahu nak mulakan dari mana.....
tak tahu nak cerita macam mana...

insyaALLAH, apa yg ana nak cerita ini, bukan kerana riak, dan bangga-banggakn diri...
malah, minta perasaan itu dijuauhkan..amin...nauzaubillah..
hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI hati ini...

hm...semalam, ana dapat tahu sesuatu...
sesuatu yg amat mengejutkan diri ini...

hm..ana rasa x perlulah korg tahu di mana ana tahu...maaf2

ana dapat tahu yg dalam diam, ada yang memendam rasa dan hasrat terhadap ana..

(hm..maksudnya..fhm kn???)

ana dapat tahu, yang sejak kebelakangan ni, ana sering dijadi perbualn org...dan pujian org...

alhmdulilah.
subahanaALLAH.
astghfirullahalazim.

segala pujian, kembali terhadapNYA.
kerana segala pujian hnya layak untukNYA.

alhamdulillah. ana masih igt nasihat sahabat ana...

ambil pujian itu , sebagai rcun...untuk lebih memperbaiki diri..
bukannya madu...

syukran! sahabat.

berbalik kpd yg td...

hmmm..ana dpt thu emak saudara ana asyik memuji ana.

memuji sikap, akhlak, cara berpakaian, segalanya tentang diri ni...

mereka kata, ana bgus jaga solat....
cara berpakaian juga bagus...
sopan-santun....
akhlak juga bagus...

"YA ALLAH, terlalu tingginya pujian yg mereka berikn kepadaku, namun aku tahu YA ALLAH, aku tak sebaik itu...masih bnyk kekurangan pd diri ini..
hanya KAU YANG MAHA MENGETAHUI..aku hanyalah manusia biasa yg mudah alpa, namun aku akan terus memperbaiki diri ini,
untk mencari redhaMU, dan cintaMU yg tiada taranya"...

"ya ALLAH, semoga satu hari nnati, aku berjaya menjadi seperti yg mereka kata kan.
.seorg muslimah yg solehah, anak yg solehah, dan isteri yg solehah satu hari nanti...'amin ya rabbal alamin.

berlainan dgn mak saudara ana ni...alim..solehah..keluarganya semua alim.2...
keluarga mawadah, sakinah dan rahmah...insyaALLAH.

hmm..dengar kata emak saudara ana ni, ada hasrat untk buat ana jadi menantu?
ana tak tahu, ana nak dijodohkan dgn siapa?? satu hari nanti..

mereka baru bercakap2..mungkin merancang!

tapi, umi dan abi suruh belajar dulu rajin2.....

yap! betul tu..buat masa sekarang....
belajar dulu!....
ajal, maut, jodoh dan pertemuan hakNYA(ALLAH)..

ana tahu, ALLAH akn menentukn yg terbaik untk ana....
sesungguhNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yg tak kita ketahui...

ana serahkan semuanya kepada ALLAH.

ana tertanya-tanya adakah bila ana dah dewasa dan berjaya satu hari nanti... adakah mereka masih berhasrat menjadikan ana menantu?

adakah umi akan setuju?

adakah abi juga akan setuju?

hm...klu mereka setuju...

ana? entahlah...


ustzah ana pernah ckp...

klu ibu bapa nk jodohkn kita...terimalah, mungkin itu yg terbaik untuk kita...
lagipun mereka lebih mengetahui, mereka nak yg terbaik unuk kita...

redha ALLAH terletak pada redha kedua ibu bapa...
hm....entahlah...

ana serahkan semuanya kepada ALLAH...


ana juga ada dapat tahu...yg jiran ana turut memendam hasrat yg sama...

ana tak terkejut mendengarnya, kerana jiran ana sendiri yg bagi tahu umi ana,(depan ana)

ana? hanya tersenyum...

YA ALLAH, HANYA ENGKAU lah YANG MAHA MENGETAHUI isi hatiku ini.
perasaanku ini.

aku memerlukan seorang muslim yang soleh, untuk membimbingku menjadi muslimah, anak, dan isteri yg solehah satu hari nanti.

seseorang yang mencintai ku kerana ALLAH....
dan cintanya kepada ALLAH melebihi sgala-galanya.

ana pernah terbaca dlm hadis ni....

hadis itu menyatakan, jika pasangan kita mengatakan dia mencintai kita kerana ALLAH, tetepi sebenarnya tidak... maka perkahwinan itu akan dicela....

nauzubillah....

tapi ana tahu.....
ana hanya manusia biasa......

adakah diri ini layak untuk mendapat seorang muslim yg soleh?

perempuan yg baik untuk lelaki yg baik.....

ana serahkan semuanya kepada ALLAH.


bagiku, dan bagi islam....

cinta yg sebenar-benarnya adalah selepas perkahwinan.
selepas itu, sama2 saling membimbing antara satu- sama lain,
sama2 mencari redhaNYA, dan cinta hakiki nan abadi, yakni cinta ilahi.

ana tahu, ALLAH akn menentukn yg terbaik untk ana....
sesungguhNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yg tak kita ketahui...

ana serahkan semuanya kepada ALLAH.

buat masa ini,
ana akan belajar bersungguh-sungguh..

ana igin menuntut ilmu dunia...
ilmu akhirat...
bekalan akhirat sana...

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi


Huraian
i) Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu.
ii) Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
iii) Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”


Riwayat at-Tirmidzi

Huraian
1. Ilmu pengetahuan menurut Islam sama ada yang berunsur keduniaan mahupun keakhiratan adalah bersifat sepadu (integrated) dan saling berhubung di antara satu sama lain.
2. Berasaskan pegangan inilah maka kehidupan dunia akan dapat dijadikan persediaan untuk kehidupan di akhirat.
3. Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu naqliyah yang berteraskan wahyu seperti aqidah, syariah dan akhlak dan ilmu aqliyah iaitu ilmu yang pada zahirnya dipandu oleh akal bagi memperolehi kejayaan dan kemajuan duniawi. Kedua-dua jenis ilmu ini bersepadu bagi mencapai satu matlamat iaitu keredhaan Allah SWT.
4. Islam menggalakkan umatnya memiliki seberapa banyak ilmu dalam usaha mencari kehidupan yang baik dan sempurna disamping memajukan masyarakat menurut lunas-lunas yang dibenarkan oleh Islam.


biarlah buat masa ini,

hati dan cintaku ini, milik ALLAH S.W.T

tidak perlu mencari cinta yg pada mulanya,
mungkin ats dasar nafsu cinta remaja...
kerana ia hanya akan melalaikn diri ini daripada mengingatiNYA...

dan selagi ana mampu dan boleh...
ana akan terus berpegang dgn kata2 ini....

muslimah..jgn biarkan diri mu hanyut dgn arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada...
renungilah masa dpnmu...tetapkan iman di dada...moga ia menjadi perisai buat dr mu...
jgn menjadi spt,kail pjg sejengkal lautn hendak di duga...

muslimah...nilai cintamu hanya pd ALLAH y SATU...
kasihi Tuhanmu...redhalah islam menjadi agamamu...
pasti tiada yg kecewa buatmu...

kelak...satu hari nanti ada insan y menantimu...
berkat kasihmu pd ALLAH yang SATU...
pasti itulah itulah yg menjadi cintamu di dunia wasilah dr ALLAH...
moga bertambah redha ALLAH padamu...
melimpah kasihNya padamu krn engkau meletak kasihmu pdNya dahulu sebelum cinta pd kekasih yg menjadi pilihan hatimu...

Perempuan yang mahal itu…
Adalah perempuan yang apabila digoda dan dirayu oleh fitrah lelaki,
hatinya teguh mempertahankan iman dan maruahnya sebagai seorang muslimah harapan Islam.......

Perempuan yang mahal itu…
Adalah perempuan yang benar-benar yakin dan redha
terhadap jodoh yang telah Allah tetapkan untuk dirinya.
Tanpa perlu mencari-cari cinta yang permulaannya atas dasar nafsu jiwa remaja


Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

dan semoga ia akan terus kekal begini selama-lamanya..


x salah jika merancang masa hadapan..bukan?

tegurlah, ana jika ana salah.

sekian, wassalam.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





No comments:

Post a Comment