Friday, October 30, 2009

UNTUKMU WANITA MUSLIMAH~



UNTUKMU WANITA~

"Perempuan" Apabila teruna memerhatikan dikau.
Kau membalas renungan matanya,
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau datang berpuluh langkah
Pabila teruna memujuk rayu, Kau lemah dalam pangkuannya ,
Pabila teruna memberi harapan,Kau hanyut dalam angan langkah.

"Muslimah" Pabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panah syaitan
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah ,
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan
Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana
Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semudah itu..


PESANAN BUATMU YANG BERNAMA MUSLIMAH~

peliharalah aurat mu walau dimana kau berada...
jgn biarkan keindahan diri mu menjadi tatapan lelaki yang bkn mahrammu...

muslimah...

peliharalah solatmu...
tundukkanlah pandangan matamu dihadapan lelaki yg bkn milikmu...
kelak,engkaulah y bertuah ketika menjadi tetamu ALLAH...
moga diri mu di sambut dgn penuh kasih
oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah...

muslimah...

berakhlak lah dr panduan Rasulmu...

contohi dan ikuti nya...
pasti engkau jua yg akan bahagia...
sejuk mata memandang bercahaya dunia dgn hiasan muslimah solehah sepertimu...

muslimah...

jadikanlah diri mu dgn spt permata berharga di celah kaca...
ikuti perintah agama...
jauhi laranganNya...Al-Quran jd panduan hdp mu...
hadith jd sumber rujukanmu...

muslimah..

jgn biarkan diri mu hanyut dgn arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada...
renungilah masa dpnmu...
tetapkan iman di dada...
moga ia menjadi perisai buat dr mu...
jgn menjadi spt,kail pjg sejengkal lautn hendak di duga...

muslimah...

nilai cintamu hanya pd ALLAH y SATU...
kasihi Tuhanmu...
redhalah islam menjadi agamamu...
pasti tiada yg kecewa buatmu...
kelak..
satu hari nanti ada insan y menantimu...
berkat kasihmu pd ALLAH yang SATU...
pasti itulah itulah yg menjadi cintamu di dunia wasilah dr ALLAH...
moga bertambah redha ALLAH padamu...
melimpah kasihNya padamu
krn engkau meletak kasihmu pdNya dahulu
sebelum cinta pd kekasih y menjadi pilihan hatimu...


UNTUKMU PEREMPUAN~

Perempuan yang mahal itu

Adalah perempuan yang mengabdikan dirinya untuk Allah
dan memperjuangkan kekuatannya semata-mata untuk Islam...

Perempuan yang mahal itu

Adalah perempuan yang berusaha mencaricinta Allah
di dalam setiap langkah hidupnya…

Perempuan yang mahal itu…

Adalah perempuan yang apabila digoda dan dirayu oleh fitrah lelaki,
hatinya teguh mempertahankan iman dan maruahnya
sebagai seorang muslimah harapan Islam.......

Perempuan yang mahal itu…

Adalah perempuan yang benar-benar yakin dan redha
terhadap jodoh yang telah Allah tetapkan untuk dirinya.
Tanpa perlu mencari-cari cinta yang permulaannya atas dasar nafsu jiwa remaja

Perempuan yang mahal itu…

Adalah perempuan yang murah dengan air mata
tatkala merintih menghadap kekasihnya
di sepertiga malam lantaran mengenangkan dosa-dosanya yang telah lalu,
justeru mengakui kekerdilannya sebagai seorang hamba…

Perempuan yang mahal itu…

Adalah perempuan yang berusaha menyampaikan peringatan-peringatan dari Allah
walaupun hanya sedikit lantaran mengotakan kata-katanya sebagaimana dia memperingatkan sahabat-sahabatnya

Perempuan yang mahal itu…

Adalah perempuan yang mana hati sucinya
tidak pernah jemu mencintai dan terus-menerus merindui saat-saat untuk bertemu Tuhannya…


JADILAH KHAZANAH YANG MAHAL ITU!!!!!

semoga suatu hari nanti, kita menjadi musilmah yang sejati.
amin...

"YA ALLAH, dekatkanlah hati kami kepadaMU agar kami sentiasa menyayangiMU, merinduiMU, rindu untk melakukan ibadtMU, rindu untk bertemu denganMU".

"YA ALLAH, berilah kami sentiasa beristiqomah melakuakan perintahMU, meninggalkan leranganMU, mencari redhaMU, dan mencari cintaMU....."

-amin-

Rayyan~

" Rayyan!".
" Rayyan jasmine!!!"....

Aku tersentak.
Lamunanku terhenti apabila namaku dipanggil, lalu dengan pantas ku toleh ke belakang...
Fariha,munirah, zarifah dan nurin berada tepat dibelakangku.

" Kenapa dengan awak ni, rayyan?", tanya munirah.
" Muram semacam je, ustazah kita hari ni.", tambah arifah atau lebih dikenali dengan gelaran iffah.

Fariha dan nurin pula, hanya memandang tepat ke arahku.

"Eem,maaf, tak dengar korang panggil tadi,oh, ha? tak de ape,ok je.",balasku.

" Oh, ini mesti sebab rahim tak datang kan?". Fariha yang tadi diam seribu bahasa mula bersuara.

" Hah! aaah betul jugak tu, patutlah ustazah kita hari ni masam mencuka je, ha3.", balas nurin disambut pula dengan gelak tawa mereka.

Mereka cuba menduga yang bukan-bukan.

"Mana ada, bukanlah", balasku.

Maafkanku sahabat, aku tidak bermaksud mahu menipu kalian,
Ya! memang diri ini teringatkan dia, masuk ni sudah 5 hari dia x datang
5 hari juga tiada khabar berita tetang dia.
Tiada sesiapa tahu ke mana dia menghilang? senyap tanpa berita.

'Oh, rahim dimanakah awak sekarang? adakah awak tidak sihat? detik hatiku.
lantasku segera mendoakannya agar sihat walafiat dan sentiasa dalam perlindunganNYA.

"ASTAGHFIRULLLAHALAZIM!!!"
"ya ALLAH mengapa aku teringatkan dia? membayangkan wajah dia?
maafkanku tuhan, tidak sepatutnya aku begini.

lalu dengan pantas, aku menyebut namaNYA yg indah satu persatu, dan beristighfar sebanyak yang mungkin di dalam hatiku.

munirah yang berada disebelahku, kelihatan hairan melihat mulutku terkumat-kamit membaca sesuatu.

" rayyan, awak ok, awak baca apa?" munirah yang dari tadi kehairanan melihatku, akhirnya bertanya kepadaku.

"ha?, em rayyan ok je. rayyan tengah zikir tadi".

"wah! bagusnya ustazah kita ni, setiap masa tak lekang berzikir menyebut namaNYA"..
balas iffah.

"oh, x delah,"

KRRIIING!!!!....
lonceng balik berbunyi menandakan pelajar-pelajar boleh pulang ke sekolah.

aku pulang bersama-sama munirah, fariha, dan nurin.
kami mengayuh basikal bersama-sama.

petang itu, cuaca sangat baik. angin sepoi-sepoi bahasa.
aku memanjatkan kesyukuran kepadaNYA.

"SUBAHANALLAH, ALHAMDULILLAH , indahnya ciptaanMU YA ALLAH".
"KAU telah menciptakan kami, dan alam ini dengan begitu indah, tiada daya dan kekutan melainkan denganMU YA ALLAH".

Tiba di satu lorong, kami berpecah mengikut haluan masing-masing.

"ilaliqo', rayyan." laung munirah.

" terima kasih, rayyan." laung fariha dan nurin.

"masalamah, sama-sama, jaga diri baik-baik", balsaku.

aku meneruskan perjalananku. rumahku terletak jauh sedikit dengan rumah mereka.

setelah penat mengayuh selama beberapa minit, akhirnya aku tiba di rumahku.

" ALHAMDULILLAH , terima kasih, YA ALLAH kerana melindungiku", lirihku.

setelah masuk ke bilik, aku meletakkan begku di sebelah rak buku, lalu aku merebahkan diriku di atas katil.

" huh!, penatnya", degusku.

azan berkumandang, menandakan masuknya waktu solat asar. Aku bangun mengambil tualaku, lalu menuju ke bilik mandi.

sesudah mandi dan solat asar, aku mengambil laptop di atas meja, lalu membukanya.
aku mengklik ikon, friendster. sudah lama aku tidak membukanya, kini baru aku berpeluang membukanya.

aku membuka e-mail. terdapat banyak e-mail dan 'friend request'. aku menelitinya satu-persatu. alhamdulillah, hari ini aku mendapat kenalan baru, namanya Irsyad. aku igin berkenalan dengan lebih rapat dengannya, kerana dia kelihatan seperti budak baik, melalui profilenya juga aku dapat mengagak dia budak baik. terdapat banyak isu-isu, agama dan lagu-lagu nasyid di profilenya.

semasa aku meneliti profilenya, entah kenapa kata-kata fariha,dan munirah terngiang-ngiang ditelingaku.
aku seperti dapat menghafal satu-persatu bait kata-kata yang diucapkan mereka, dua hari lepas.


" rayyan, awak ni baik sangat lah, tapi jangan terlalu mudah percaya kat orang lain, lagi-lagi kaum adam yang awak tak kenal". kata munirah.

" eem betul tu, awak tak boleh percaya kat diorang sangat, kita tak kenal diorang, lagi-lagi dekat friendster ni, jangan la percaya, kebanyakannya bermuka-muka". tambah fariha.

"terima kasih, eem tak adalah, rayyan taklah percaya diorang sangat, insyaALLAH diorang tak macam tu". aku cuba memberi jaminan kepada mereka.

dentuman kilat mematikan lamunanku. Setelah meneliti profile irsyad, aku memberi 'comment' padanya.

ASSALAMUALAIKUM....
thnks 4 the add...
may ALLAH bless u...
-ukhuwah fillah-

'em, nak tanya nama ke tak'??? lirihku.
'tak payahlah, nanti nampak peramah sangatlah pulak, ha3". aku tertawa kecil.

setelah itu, aku membaca beberapa email yang baru masuk tadi. aku meneliti email tersebut satu-persatu.
aku membuka email daripada Raisya terlebih dahulu.
aku membaca isi email tersebut, satu-persatu.

ASSALAMUALAIKUM...
rayyan, sihat??? em, rahim kirim salam..
ha3, gurau je.
oh, ya! rayyan, eem.. raisya dah bgtau rahim, tentang 'isi hati' rayyan..he3
k, salam.

aku terkejut membaca isi email tersebut.
YA ALLAH, betul ke dia dah bagi tau??? habislah...

aku baru teringat, minggu lepas, aku dah lakukan perkara yang...ah!!!..
entah macam mana, aku boleh meluahkan isi hatiku dekat raisya, aku..aku mengaku yang...aku suka rahim.
aku mmberitahunya melaui email . mana tak nya, dia tak habis-habis memaksa. rimas! sebab itulah, aku memberitahunya.

aku menyuruh dia berjanji, tidak akan memberitahu rahim.
tapi, kini janji hanya tinggal janji.

aku resah. aku mengusap-usap mukaku. marah? kesal? gembira? malu??
entahlah, aku tak pasti, yang pasti, aku tidak akan memberitahu raisya apa-apa lagi, itu janjiku.

"YA ALLAH, bantulah hambamu ini, tenangkanlah hatiku YA ALLAH". amin.

aku terfikir, bagaimana aku nak berhadapan dengannya nanti??? apakah dia benar-benar dah tahu, isi hatiku yan sebenarnya???, detik hatiku.

"insyaALLAH, tidak..dia tak tahu lagi, mungkin raisya bergurau, dia memang macam tu". aku cuba tenangkan hatiku.

aku membuka, laman web kegemaranku 'ILUVISLAM', dengan itu hatiku akan jauh lebih tenang.

sedang aku meneliti artikel-artikel terbaru, aku tertarik dengan isu 'couple'. aku mengklik ikon tersebut.

em..banyak isu-isu couple yang dipertengahkan. mana taknya, couple kini, seperti menjadi satu 'trend', remaja zaman sekarang. mereka cuba menghalalkan apa yang diharamkan.
islamic couple? mana wujud. itu cuma alasan mereka.

mereka tak berdating, berpegangan tangan, tapi mereka couple, haram!.
mereka berbual dalam telifon bimbit berjam-jam lamanya. itu dah kira berdosa! haram! mendengar suara perempuan! aurat!

aku cuba memberi pendapatku sendiri, dan dalam masa yang sama, aku menarik nafas lega. bersyukur kepada tuhan, aku tidak termasuk dalam golongan itu, dan semoga aku tidak akan pernah masuk dalam golongan itu.

hanya syariat dan sunnah islam menjadi ikutanku. ikatan pernikahan!.
itulah jawapannya! cinta yang sebenar-benarnya adalah cinta selepas perkahwinan.
mencintai seseorang kerana ALLAH. selepas mendapat redha ALLAH, bersama-sama saling membimbing di antara satu sama yang lain, mencari cinta ilahi. cinta yang hakiki nan abadi.

aku tersenyum. entah kenapa?? ASTAGHFIRULLAHALAZIM.
aku terbayangkan wajah dia, lalu dengan pantas aku menyebut namaNYA yang indah...

ALLAH....
ALLAH....
ALLAH....

cinta dan rinduku hanya untukMU dan kekasihMU YA ALLAH.

alhamdulillah, aku memanjatkan kesyukuran, kerana wajahnya telah lenyap dipandanganku.

sedang aku membaca artikel tersebut. aku terkejut. aku terterik dengan sepotong hadis atau kata-kata yang terdapat dalam artikel tersebut...

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza.
Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki.

Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati.
Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T.,
jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni,
di syurga yang kekal abadi Insya Allah.
Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

aku tersenyum, apabila membaca kata-kata tersebut. aku bersetuju 100% setiap bait kata-kata tersebut.

aku merasa lega. alhamdulillah, aku menyukai dia, tapi aku mengawal perasaan itu. aku memelihara dan memulihara perasaan yang datang tanpa diundang masuk ke kamar hatiku.
cintaku dan rinduku kepada ALLAH melebihi segala-galanya.

namun, ada satu yang membuat aku rungsing, dan resah.
jika kita menyukai seseorang, tidak perlulah meluahkan persaan kita terhadapnya.
alhamdulillah, hingga kini, aku tidak pernah meluahkan perasaanku terhadap dia.
tapi yang membuat aku rungsing,

adakah, aku berdosa???
tapi, aku tidak pernah meluahkan isi hatiku terhadap dia, dia mengetahuinya daripada raisya.

aku keliru....resah...
lalu, aku berdoa agar dosa-dosaku diampunkan.

"YA ALLAH, andai dia mengetahui isi hatiku itu satu dosa, ampunkanlah dosa-dosaku, dan ampunkanlah dosa-dosanya.

" YA ALLAH, andai aku menyukai dia, peliharalah hatiku ini, berilah persaan yang ada dihatiku ini, sekadar-kadarnya sahaja..berilah cintaku kepadaMU, YA ALLAH, melebihi segala-galanya." amin.

setelah membaca artikel tersebut, aku beralih kembali kepada frienster.
aku melihat, terdapat satu e-mail yang baru dihantar.

aku melihat ,nama pengirim..RAISYA!

aku menekan tetikus, 'send message'. Aku harus, menanyakan perkara ini kepada dia.

Aku menyusun ayat, terlebih dahulu, agar tidak melukakan hati dia.

marah, bukan jalan penyelesaiannya...

al-quran dan hadis, telah mengajar supaya bersabar. Sabar itu separuh daripada iman.

aku mula menaip sesuatu, denagn diikuti basmalah.

ASSALMUALAIKUM~

rasiya sihat?
raisya, maaf ye..
rayyan nak tanya sesuatu...

emmm...
betul ke raisya dah bagitahu rahimi,?

rayyan, mohon sangat...
tolong jangan bagitahu rahimi.

lagipun, rayyan tahu, rayyan hanya bertepuk sebelah tangan.
bertepuk sebelah tanagn tak berbunyi kan?
xpelah...itu lagi baik!
bagi, rayyan lebih baik dia tak tahu.

nanti, jadi lain!

nanti, rayyan dah tak tahu macam mana nak berhadapan dengan dia...
bercakap dengan dia...

dan nanti dapat dosa...
maksiat mata....
maksiat hati.....

rayyan, harap raisaya faham...
terima kasih.

-wassalam-

aku mengklik ikon 'send message'.

aku menunggu balasan daripada raisya, dengan hati yang berdebar-debar...

lima minit seleps itu, aku mendapat message daripada raisya.

WAALAIKUMUSSALAM, RAYYAN!
oh...emmmm...
rayyan, maaf...
raisya dah bgtahu rahimi...

he3....maaf3...
eem...raisya bagitahu rahimi, masa raisya tersempak dengan dia...
masa tu, dia tengah tunggu mak dia.

rayyan, nak tahu tak????
semalam, raisya message dengan rahimi...

nak tahu, rahimi cakap apa???

rahimi cakap.....

dia cakap....

dia cakap....

'aku pun, sebenarnya suka rayyan...'

tahniah!!!

rahimi pun suka rayyan lah! ha3.

rayyan, kena belanja raisaya!
raisya jadi cupid lah...
hu3...semuanya hasil titik peluh raisya...

sesuailah...rayyan dengan rahimi...
ustaz dengan ustazah!!

Aku terkejut selepas membaca message raisya. Ternyata, rahimi dah tahu 'isi hatiku'.

'YA ALLAH, ampunilah dosa-dosaku...."
"YA ALLAH, bantulah hambaMU ini, peliharalah hatiku...berilah cintaku kepadaMU melebihi segala-segalanya"
"Bantulah aku tuhan, anadai rinduku berlandaskan imiginasi syaitan, dan kuminta ia dilenyapkan, andai kasihku berlandaskan nafsu jiwa remaja, ku pohon, matikanlah cinta yang belum tentu menjadi milikku." amin.

Tidak sedar, air mata bercucuran jatuh membasahi pipiku. Mengapa aku menangis?????

Adakah kerana terharu?
Adakah gembira? kerana ternyata, aku tidak bertepuk sebelah tangan selama ini?

ASTAGHFIRULLAHALAZIM....

Tidak sepatutnya aku bersikap begitu.

sepatutnya, menangis hanya kerana ALLAH.

menangis kerana rindu kepada ALLAH.

menangis kerana rindu untuk bertemu dengan ALLAH.

rindu untuk bangun pada 1/3 malam....bermunajat kepadaNYA...

Maafkan ku, YA ALLAH.

Aku nekad!. Aku mesti bertanya rahimi,agar hatiku lebih tenang. Agar nanti aku lebih khusyu' apabila bertemu kekasih yang SATU, yakni ALLAH YANG ESA.

Aku memberanikan diri, memberi message kepada rahim. Disusuli basmalah, aku mula menaip...







~ Bersambung......



ASSALAMUALIKUM....

alhamdulillah, saya dapat menyambung cerita ini.
insyaALLAH, lain hari saya kan menyambung kembali.
dialun-alunkan kepada sesiapa yang mahu 'comment'.


Maaf, jika anda igin copy mana-mana cerita/ isi dalm blog ini, minta izin terlebih dahulu.
insyaALLAH akan dipertimbangkan.

-ukhuwah fillah-
WASSALAM.