Monday, November 23, 2009

ASSALAMUALAIKUM~

KiTa SeRiNg DiUji,
LuMrAhNyA MemAnG bEgItU,

SEMAKIN DIKEJAR cinta ALLAH,
SEMAKIN BANYAK PULA CINTA MANUSIA YANG MENGEJAR.....

"YA ALLAH, peliharalah hati kami, berilah kami sentiasa beristiqomah melakukan perintahMU, meninggalkn laranganMU, mencari redha dan cintaMU.."amin

"YA ALLAH, berilah cinta kami tergadpMU melebihi segala-galaNYA"...amin

Telah kupilih jalanMu
iluvislam.com~

Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

(maaf, ana sambung artikel ini lain hari...)
wassalam.
-ukhuwah fillah-

Thursday, November 19, 2009

JaMuAn FoRm 3...GooD LuCk buat dia...(2)

-SELASA
-17/11/09
- 3 AL-FARABI...

ASSALAMUALAIKUM.....

alhamdulillah, bersyukur ku kehadrat ilahi, kerana masih memberi aku peluang untuk berkongsi rasa hati di sini...(eh, cam salah je..)

Liyana, dan sahabat-sahabat yang lain gembira sangat...hari ni kelas-kelas form 3, JAMUAN!!!

alhamdulillah, semua persiapan dah siap....
terima kasih buat semua....

terima kasih bnyk2 buat sahabat yg amat disayangi, zawin najah bt asri...

klu nak tahu, zawin bnyk berkorban...

macam2 dia buat, untuk pastikan jamuan hai ni, berjalan lancar....

kesian, awin....
dia risau, sangat kalu kami tak suke jamuan ni...

zawin dah buat yg terbaik!
jamuan ni best sgt!!!

terima kasih buat semua....!

emm..nk mula darpd mana ek???


pagi-pagi 2, semua pelajar2 kelas 3 al-farbi, berkumpul...

masuk je kelas...

YA ALLAH, berselerak!

cat2 penuh di dinding....

meja tak bersusun...

informasi2 kat papan kenyataan, dah tercabut....

em..hnya ALLAH YANG MAHA MENGEAHUI, siapa yg lakukn semua ni...

mula2 kitorg cadang tak nak buat kat kelas, buat kat gelanggang basket, dewan atau ruai...

kitorg bgtahu En. Hasbi, cdgn kitorang,

tapi, cadanagan kitorang x diterima...

cikgu cakap, boleh guna lagi kelas tu...

tak lama lepas tu, kipas pulak tak berfungsi.....

panas jadinya...

"wah!ada harapan...ada sinar kebahgiaan, boleh buat kat tepat lain", fuzah bersuara.

" em..kitorg pergi jumpa cikgu lagi sekali".

zawin dan fuzah pun, pergi jumpa cikgu...

harap2 kali ni, boleh..amin!!!

kami menunggu penuh harapan...

fuzah dan zawin muncul di sebalik pintu...

eh, kejap! muka diorang muram semacam...

hm..kami dah dapat agak, jawapan yg bakal mereka beri....

fuzah dan zawin meluru datang, lalu bersuara

" cikgu masih tak putus asa...kitorg dah agak.."

" awak tahu, cikgu cakap, kejap lagi cikgu naik..cikgu nak tengok dulu.."

kitorang semua masam mencuka.

lama kami tunggu, cikgu tak muncul2 lagi....

5 minit berlalu.....

10 minit...

wargh!! dah tak boleh tunggu...

kitorang buat keputusan, nak jumpa cikgu balik....

liyana dan farhana pun pergi cari cikgu buat kali ke dua /tiga ..

masa kitorang tengah turun tangga, cikgu datang...

kitorang pun, patah balik...

"korang, cikgu dah datang!!!"

cikgu pun masuk ke dalam kelas kitorang....

liyana lihat, cikgu tengok keadaan dalm kelas...

lepas tu, cikgu pergi kat belakang, nak betulkan kipas....

kipas masih tak berpusing...

"wah!! ada sinar harapan...", farhana bersuara...

"yap!"...

"eh, korang..baik jangan cakap, nanti kena 'cruse?' "fuzah bersuara.


peristiwa semalam , kembali menerjah fikiran ...

waktu tu, kitorang tolong ustazah wan noriah, basuh pinggan...

wah! banyaknya pinggan...

liyana dan fuzah terus basuh...hinggalah pingan terakhir,

"wah!, tinggal satu....." fuzah bersuara..

"ada sinar kebahgiaan". bals liyana.

kitorang bukan, apa...cuma dah sejam kitorang basuh pinggan2 tu, tak berhenti-henti...
penat, tapi teruskan juga...

fuzah tak sihat, kesian dia...
liyana suruh berehat, dia tak nak..
nak tolong juga..baik kan??

kitorang pun basuh pinggan yg terakhir tu, dengan hrapan leps ni, tak de lagi...

(ha3, jahat pulak)

masa liyana tengah basuh,..datang lagi 3 pinggan dan beberapa periuk...

wah! banyaknya.

lepas kejadian tu, fuzah dah tak kasi liyana cakap 'ada sinar kebahgiaan"....

sebab nanti kena 'cruse'...ha3...

bila mengingatkan kembali, memang lawak...

berbalik kepada tadi..

akhirnya, selepas dibaiki, kipas kembali berpusing seperti sedia-kala...

kitorang bukan gembira, tapi makin masam mencuka..

ASTAGHFIRULLAHALAZIM....

tak baiknya, tak bersyukur pulak.

hm...kelas lain, jamuan diorg dah nak mula...tp kitorg?

kitorg masih duduk diam....

tak, tahu nak kemas camna....

nak mulakan drpd mana??

sahabat yg disayangi, nur farhana bt ibrahim kamal bersuara,

"em..kalau ada najihah mesti dia tahu macam mana nk susun..mesti dia dah buat semua ni.."

em, betul kata2 farhana tu...

wah! najihah, kitorang rindu sangat2 kat awak....

buat sahabat yg disayangi nurul najihah bt hassan,

dimana jua awk berada,
kami akan sentiasa mengingati awk...
kami sentiasa merindui awk...
kami sentiasa sayang kat awk!

berbalik kepada tadi....

tak lama lepas tu, kitorang cuba susun juga...

liyana, dan farhana mula menyapu sampah...

manakala, sahabat yang lain menyusun meja...

liyana sapu tempat lelaki, manakala farhana sapu tempat perempuan.

waktu liyana sapu, budak2 lelaki yang lain, tengah berkumpul kat belakang,termasukah 'dia...'

segan sangat 2 masa 2....
waktu liyana sapu, liyana dengar ada seorang hamba ALLAH ni cakap..

"tepi2, isteri solehah nak sapu..."

umph? 'isteri' solehah?...ha3, diorang ni tak habis2 mengusik...

liyana cuma senyum, (tapi, rasanya diorg x nmpk)

YA ALLAH, tingginya dia memujiku, namun ku tahu, aku tidak sperti itu aku hanya manusia biasa, yang banyak melakukan dosa.....namun, aku harap, suatu ahri nanti, aku dapat menjadi seperti yangmerka katakan...seorang mulimah yang solehah, amin...

waktu liyana sapu tu, khalid datang...

dia dah sedia pegang penyedok sampah sambil mencangkung...(sebab batangnya dah hilang)

baiknya, kahalid....

liyana jadi serba-salah...

kalu dia kat situ, macam mana nak sapu? nanti habuk2 sampah tu, kena dia...

tapi, kahlid berkeras! nak tolong juga...

baik kn? sama macam........(ops! ha3)

lepas tu, dia nak tolong lagi buat kali ke dua, tapi liyana tak bagi!

akhirnya, dia mengalah...

liyna pun teruskan menyapu...

waktu liyana buang sampah ke dalam tong sampah, farhana, tasya, fuzah, awin, terjerit-jerit panggil liyana.

liyana pun pelik.?

liyana pandang kat diorang...

diorang cakap sesuatu..
tapi, tak pasti apa...

liyana pun pergi kat diorg...

serentak diorg jawab.."Naim2"...( bukn nama sebenar)

"liyana, Naim ada kat situ....baik awak cakap GOOD LUCK sekarang." tasya bersura.

"liyana, baik awk cakap sekarang..nanti dah tak berpeluang nak cakap..esok dah start SPM". tambah farhana.

awin, dan fuzah mengangguk.

mereka semua memang kawan yg perihatin dan baik !

sayang mereka !

ya ALLAH, kena cakap sekarang?? (hnya ALLAH MAHA MENGETAHUI, perassan liyana waktu 2.."

sebetulnya,memang tak slah kan, sekadar ucap GOOD LUCK , dan bagi kata2 semangat?
(maf, kalu liyana salah..)
tapi, yang ni dah jadi kes lain...mungikn sebab dia ada memendam perasaan ..jadi nanti berbaur perasaan , kn?

liyana mula berjalan ke arah dia....

DUP..DAP..DUP..DAP...

jantung berdegup kencang....

YA ALLAH......

liyana toleh ke belakng, awin, farhana, fuzah, tasya...sedang senyum lebar..(ada mkna tersirat?)

akhirnya, liyana berhenti jauh sikit daripada dia...

liyana, tak tahu cmna nak pggil dia waktu tu...

YA ALLAH , berilah aku kekuatan...

ya ALLAH, peliharalah hatiku, tutpknlah pintu hatiku...agar perasaan yg 'datang tnpa diundg' tidak memasuki kamar hatiku. peliharalah hatiku dan hatinya Ya ALLAH.

"YA ALLAH, andai apa yg ku lakukan ini, satu dosa...ampunilah dosaku dan dosa dia..:amin.

liyana berharap dia akan segera menoleh...

tapi, kalu dia tak toleh2 liyana nekad! liyana kena panggil dia...demi menyelamatkan SPM dia??

akhirnya dia menoleh.

lama, dia pandang liyana..menunggu sebrg kata2 yg akan keluar drpd mulut ini...

liyana cepat2 tunduk...

lama juga, liyana diam tanpa sebrang suara.

DUP..DAP..DUP..DAP..

YA ALLAH, jantung masih berdegup kencang....kali ni, tak boleh nak kawal..

ALLAH....ALLAH...ALLAH......(hnya kalimah itu yg mmpu menengkn hati ini)

liyana toleh ke belakang, kelihatan ada seorg budak lelaki, sedang memandang ke arah liyana dan dia...

ya ALLAH, harap tak ada org salah fahm..amin.

liyana cuba keluarkn suara...cuba menyusun bicara...agar tak melukakan hati dia...

akhirnya, liyana bersuara walaupun agak tergagap-gagap...alhamdulilah..

"ermmmmm....er...em....GOOD LUCK , ye nanti SPM!", liyana bersuara sambil memandang ke arah dia.

mata kami bertentang...

ampunkan dosa2 kami, ya ALLAH...

liyana pandang dia waktu cakap tu...sebab kalau liyana tunduk, nanti dia tak dengar..

dia mula mengukir senyuman (agak lebar)...lalu bersuara..

"em..terima kasih!"...ringkas sahaja balasnya.

"emmm....SPM ni menentukn masa hadapan...buat betul2 ye, SPM nanti"

(liyana cuba mengingatkn dia, dan memberi sedikit kata2 semngat..mana tahu kalau2 kata2 ni boleh membantu dia)

senuman masih terukir di bibir..."terima kasih...", balasnya sambil menunuk.

liyana, mengukir senyuman sambil tunduk..(dia tak nmpk rasanya)

selepas tu, liyana berlalu pergi. manakala dia masih disitu. (tunggu raknnya)

alhamdulillah, terima kasih YA ALLAH, kerana memeberi ku peluang dan kekuatan...

harap, dia tak salah faham...

liyana tak nak bagi sebarang harapan..harapan palsu!

walupun tak boleh nak menafikan, dia seorang yang baik..

biarlah hati dan cinta kami ,hanya milikNYA

kerana liyana tak nak hati ini, bertambah kotor..kerana mempunyai perasaan kepada sesiapa..tapi, mmg tak dpat dinafikan, memang liyana ada mempunyai sedikit perassan terhadap seorang hamba ALLAH ni....(hnya ALLAH MAHA MENGETAHUI)....
mungkin sebab 'dia' ni baik, alim, merndah diri...hm...liyana pernah cuba buang jauh2 persaan ni...tapi, sukar!!! (puas mencuba, namun liyana akan teus mencuba..insyaALLAH tak putus asa..) liyana lebih suka kalu hati ini suci dan bersih, meletakkan cinta hanya kepada kekasih yg satu, yakni ALLAH MAHA ESA~
liyana thu, rasa suka dan cinta itu fitrah, manusia..namun ia harus di kawal bukan? macam dlm hadis ni...

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza.
Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki.

Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati.
Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T.,
jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni,
di syurga yang kekal abadi Insya Allah.
Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.

liyana meneruskan langkah ke arah awin, fuzah, tasya, dan farhana...

diorg sedang sengih, (macam kerang busuk!)..ha3.

"liyana, cmna td.. awk ckp apa kat dia?" tanya awin tasya, dan fuzah...

mereka tak sabar2 nak tahu...

"liyana, awk tahu tak..masa awk cakap kat dia tadi..dia asyik senyum je...makin lebar senyuman dia..." bals farhana, disusuli gelak tawa mereka.

" aah...senyum sampai ke telinga.." bals fuzah.

"memang sahlah tu, dia suka awk.." tambah farhana.

"em..oh ya ke? liyana nmpk jugak td..liyana ckp GOOD LUCK, dan bg semangat 2 je.."

lepas kejadian tu, kitorg masuk kelas balik....

alhamdulillah, kelas dah cntik! kemas!~

jamuan kelas bermula!






Tuesday, November 17, 2009

GoOD LuCk, buat 'dia'...



-16/011/09..
-ISNIN.....
-TAPAK PERHIMPUNAN....

ASSALAMUALAIKUM....:)

alhamdulillah, bersyukur ku ke khadrat ilahi, kerana memberikan nikmat yang tidak terkira banyaknya...ALHAMDULILLAH (segala puji bagi ALLAH)

eem...hari ni, liyana nak cerita satu cerita yang membuatkan liyana terkejut....

serba-salah...sedih?...malu??..suka?..
.entahlah, tak tahu nak cakap apa.

em, pagi-pagi liyana datang ke sekolah, macam biasa bersama sahabat yang disayangi...

Masa tu, pelajar-pelajar tingkatan 3, baru selesai mengambil kedatangan di tapak perhimpunan.

sedang liyana asyik termenung...(merenung masa hadapan???)..

tiba-tiba, fuzah dan awin datang menghampiri liyana.

em, nampaknya macam ada benda penting yang diorg nk bgtau, tengok wajah diorg pun, dah dapat agak...

Fuzah, dan awin menarik tangan liyana , lalu berkata
"Liyana, awk kena tolong kita..please!!! tolong sangat2....".

"em..ok2, tolong apa?" tanya liyana.

"em...tolong cakap GOOD LUCK!, SPM! dekat 'Naim' (bukan nama sebenar).

liyana terkejut sangat2..

"wish GOOD LUCK!, kat naim, tapi kenapa liyana?".

"anti. tolonglah, kitorang mohon sanagt2".

liyana semakin pelik. diorang bersungguh-sungguh minta tolong.

"em, maaf...liyana rasa tak boleh.."

"anti, tolong sangat2."

diorang cuba memujuk.

setelah difikir-fikir, liyana pun setuju.

"oh, ok! kite akan cuba, emm...cakap korang wish good luck kt dia?"

"tak..bukan kitorang!, tapi anti..!"

liyana semakin terkejut.

"haa?, kenapa kite?"

"anti, anti kena cakap GOOD LUCK, kat dia, anti sorang je yang boleh tolong dia".

tiba2, liyana teringat blog kawan liyana, yang liyana buka semalam.

dia cakap, mengenai 'Naim' ( bukan nama sebenar), naim ada suka kat seorang sahabat dia.

mungkin ada kena-mengena.....

"em...ni yang pasal naim, suka kat sahabat awin ek? siapa??"

diorang nampak terkejut mendengar kata2 liyana.

"oh..anti dah baca kat blog, ana ek?

awin dan fuzah memandang sesama sendiri.

"liyana, anti lah orang tu!"

liyana benar2 terkejut, hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI, perasaan liyana waktu 2..

mereka cuba berterus-terang, tanpa berselindung lagi..mungkin sebab liyana dah tahu.

"liyana, anti tahu tak?, Naim suka kat anti..,"

"anti tahu,? Naim asyik telifon abg Latif (bukan nama sebenar), dia asyik minta abg Latif no.telifon awk!"

liyana terkejut mendengarnya.

awin dan fuzah menyambung cerita...

" anti, kite tahu ni pun, daripada abg Latif, dia bagitahu yang Naim suka kat awak.
Naim, asyik minta no.telifon awak. Dia nampak cam terdesak.
Mula2 abg Latif tak nak libatkan kite, tapi Abg latif, risau tengok dia, kesian dia...dia nak spm, abg Latif takut dia terganggu.
Abg Latif tak nak, sebab ni SPM dia gagal nanti.
Abg latif bagi no. telifon budak perempuan yang lain, tapi dia tak nak..dia nak no.telifon anti jugak!". cerita fuzah.

aku hanya mendiamkan diri.

"abg Latif, ada tnya no.telifon anti hari 2, tapi jangan risau kite tak bagitahu, kite terpaksa tipu, cakap tak tahu.".

liyana lega mendengarnya.

"Liyana tolonglah, cakap GOOD LUCK, kt 'Naim', demi menyelamatkan SPM dia...anti tak nak SPM dia gagal kan? masa depan dia hancur.... sebab benda ni kan..???".

"Liyana, sekurang-kurangnya, bila anti cakap GOOD LUCK, kat Naim, dia rasa gembira sikit..bersemangat sikit...walaupun tak dapat no.telifon awak.."

liyana hanya mendiamkan diri.

keliru!

"YA ALLAH, patut ke, aku cakap GOOD LUCK kat dia??, tak dosa ke??, nanti berbaur perasan...tapi, kalau aku tak cakap, nanti SPM dia gagal..., tapi matlamat atau niat yang baik, tak menghalalkan cara".

liyana betul2 keliru waktu 2...

setelah berfikir, dengan disusuli nasihat daripada kawan-kawan liyana, liyana bersetuju.

"YA ALLAH, aku buat semua ni, demi masa depan dia, demi menyelamatkan SPM dia...ampunkan dosaku YA ALLAH, andai apa yang bakal ku lakukan ni, salah, ampunkanlah dosa2ku, dan dosa-dosa dia.."amin.

akhirnya liyana bersetuju,

entahlah, liyana tak tahu nak menggambarkan cmne perasaan masa 2...hnya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI, hati ini...

sedih?
gembira?
malu?
takut?

rancangan diatur, masa balik nanti liyana wish 'GOOD LUCK' kat dia...

"ya ALLAH, kuatkanlah aku, peliharalah hatiku, dan peliharalah hati dia....."

jantung liyana, berdegup kencang, menanti masa balik.

DUP...DAP..DUP..DAP...

seleps tu, liyana, awin dan fuzah pergi jumpa cikgu thanty,untuk bincang pasal program esk.

Esok ada program, RAKAN MUDA.

masa kitorang sedang berbincang, tiba2 cikgu thanty mengusik.

"eem, ada sorang 2, dengan abg form 5, kn liyana?".

cikgu pandang tepat ke arah liyana.

liyana, pelik, liyana hanya tersenyum.

awin tiba2 menarik tangan liyana.

"liyana, cikgu cakap pasal awaklah....pasal 'Naim'.."

liyana terkejut.

YA ALLAH, macam mana cikgu boleh tahu? liyana pun baru je, hari ni, tahu...
malunya masa tu...

"xpelah...kalau budak2 baik, x pe kn liyana?

liyana hanya tersenyum.

farhana,awin, tasya, fuzah pelik mendengar kata2 cikgu.

farhana memberanikan diri, tanya cikgu...

"cikgu, camna cikgu boleh tahu??, kitorang pun baru tahu hari ni...fuzah ngn zawin je, dah lama...tapi, taklah lama sangat."

"adalah, cikgu tahu...mengenai kamu, semua ciku tahu..., ada orang bagi tahu cikgu.."

"siapa cikgu?"

"adalah....cikgu tak boleh bagitahu, cikgu dah berjanji tak kan bagitahu sesiapa.."

YA ALLAH, aku benar2 terkejut. cikgu dah tahu?

hnya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI , perasaanku waktu2 ...

dipendekkan cerita, lagi beberapa minit je nak balik...

liyana, melirik jam ditangan.

YA ALLAH, cepatnya masa berlalu....

jantung mengepam laju....

dup..dap..dup....dap....

KRING!!!!!!!

lonceng bunyi, menandakan waktu balik.

liyana bagitahu kawan liyana, yang liyana berdebar-debar sangat waktu 2...

sempat lagi farhana, dan zawin mengusik...

"debar, hatiku, membisik rindu....ingin aku katakan, kau gadis idaman...
adakah mungkin, kau ku miliki? untuk aku jadikan, insan bernama kekasih...
keayuan yang tergambar lukisan nur iman, bersulamkan keindahan santun perkataan...

mereka berhnti di situ, lupa lirik! ha3.. (lega!)

mereka nyanyi lagu 'insan bernama kekasih'....

misi mencari Naim bermula!

liyana, ditemani farhana, turun ke lobi, bagi mencari Naim....dan ucap GOOD LUCK, buat dia!
waktu ni, awin ada bersama fuzah dan tasya.

waktu tu hujan....

kelihatan banyak kelompok manusia di lobi, menunggu hujan berhenti.

dalam kelompok manusia 2, liyana mencari Naim bersama farhana.

puas kami cari, tak jumpa!

YA ALLAH, adakah ini, satu petunjuk? aku tak perlu ucap GOOD LUCK kat dia, mungkin tu lebih baik? tiada maksiat mata..tiada maksiat hati....(dari mata turun ke hari...) ya ALLAH, minta2 dijauhkan...ASTAGHFIRULLAHALAZIM....

em....puas kami mencari, namun bayangnya tak kelihatan!

dari lobi, kami ke kantin....
ke ruai.....
ke dewan....

ats tujuan yang sama!

akhirnya, kitorg jumpa kak zafirah( kakak senior yang disayangi..)

kak zafirah sama kelas dengan dia, mungkin dia tahu...

"akak, nampak Abg latif x?"

"abg latif, Naim, dah lama balik..."

"oh, yake? em..tak pe, terima kasih...akak, good luck, spm! buat betul2!"

sempat lagi bagi wish untuk kakak senior yang disayangi.

em, dia dah balik.

tak mengapalah, esok je bagitahu dia.

rancangan ditunda ke esok hari....selasa, 17/11/09..

masa jamuan esok!

cerita ini, akan disambung pada tajuk lain, JAMUAN FORM 3...

ALHAMDULILAH, SEKIAN...
-wassalam-



Sunday, November 15, 2009

OrAnG yAnG BERIMAN~

ASSALAMUALAIKUM~


ORANG DALAM HATINYA TERPANCAR KEIMANAN KUKUH,
AKAN SELALU GIAT BERUSAHA SEPANJANG LANGKAH USIANYA
UNTUK BERTAQARUB KEPADA ALLAH SWT
KERANA DIDORONG RASA CINTA MENDALAM TERHADAP-NYA .

KASIH SAYANG DAN KECINTAAN KEPADA ALLAH SWT
MENJADIKAN SESEORANG ITU SENTIASA RINDU PADA-NYA.
IBARAT SEORANG ANAK MUDA SEDANG MABUK ASMARA,
SELALU TERKENANG SI BUAH HATINYA.

ORANG YG BERIMAN, INAGATANNYA TETAP BERGETAR TULUS KEPADA-NYA
TANPA MENGIRA WAKTU DAN TEMPAT.
BAGI MUKMIN SEJATI, ZIKIR DAN HATI ADALAH SATU NYAWA, TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.

DITEGASKAN IBN TAIMIYAH:" ZIKIR BAGI HATI ADALAH UMPAMA AIR BAGI IKAN,
BAGAIMANA KEADAAN IKAN APABILA BERPISAH DARIPADA AIR?"

INILAH GAMBARAN ORANG BERIMAN,
YAKIN PERCAYA KEPADA ALLAH SWT DAN MENGINSAFI DIRI
TIDAK LEBIH SEBAGAI SEORANG HAMBA SANGAT LEMAH
YG SELAMA INI MENERIMA NIKMAT ALLAH TIDAK TERHITUNG BANYAKNYA.

FIRMAN ALLAH SWT YG BERMAKSUD:" WAHAI ORANG BERIMAN,
(UNTUK BERSYUKUR KEPADA ALLAH )
INGATLAH SERTA SEBUTLAH NAMA ALLAH
DENGAN INGATAN SERTA SEBUTAN YG SEBANYAK-BANYAKNYA; DAN BERTASBIHLAH KAMU KEPADA-NYA
PADA WAKTU PAGI DAN PETANG" (SURAH AL-AHZAB :41-42)

DITEGASKAN OLEH AL-IMAN AN-NAWAWI,
BAHAWA ZIKIR
TIDAK TERBATAS KEPADA TASBIH, TAHLIL, TAKBIR DAN LAIN2 ZIKIR LISAN ,
MEREKA YG BEKERJA KERANA ALLAH SWT JUGA ORANG YANG BERZIKIR KEPADA ALLAH SWT.

ZIKIR TERBAHAGI KEPADA 3 BAHAGIAN IAITU ZIKIR HATI, LIDAH DAN ANGGOTA.

ZIKIR HATI MEMIKIRKAN KEAGUNGAN DAN KEBESARAN ALLAH SWT
DI BUMI, LANGIT DAN SELURUH KEJADIAN MAKHLUK-NYA.

ZIKIR LIDAH PULA MELANTUNKAN PUJI2 KEPADA ALLAH SWT MENSYUKURI NIKMAT KURNIAAN-NYA,

MENYERU MASYARAKAT KE ARAH AJARAN ISLAM, MENERANGKAN KEBAIKAN SYARAK,
MENJELASKAN HIKMAH PADA PERINTAH DAN LARANGAN ALLAH SWT,
MEMBERI NASIHAT KEPADA SESAMA ISLAM.

SEMENTARA ZIKIR ANGGOTA PULA MENGGUNAKAN ANGGOTA BADAN UNTUK MELAKUKAN AMALAN KETAATAN ,
SAMA ADA DALAM BENTUK MELAKUKAN SEGALA SURUHAN
ATAU MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN ALLAH SWT.

ORANG YANG LUPA ATAU LALAI KEPADA ALLAH SWT,

HATINYA SELALU DIRUNDUNG RESAH GELISAH,
TENGGELAM DALAM KEBIMBANGAN DAN SENGAJA MELETAKKAN DIRINYA DI TEMPAT MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH SWT
LANTARAN TIDAK RASA BERSALAH TERHADAP KEMUNGKARAN DILAKUKAN.

LUPA KEPADA ALLAH SWT
MENANDAKAN HATI SESEORANG ITU SUDAH BERKARAT
DENGAN SIFAT MAZMUMAH YANG SANGAT KEJI.

ORANG BERIMAN TIDAK AKAN MEMBIARKAN HATINYA BERKARAT DAN PENUH DENGAN KEKOTORAN,
IA AKAN SENTIASA MENGILAP HATINYA DENGAN BERZIKIR KEPADA ALLAH SWT.

IBNU AL-QAYYIM AL-JAUZIYAH PERNAH BERKATA:

'' TIDAK DIMUNGKIRI BAHAWA HATI ITU DAPAT BERKARAT
SEPERTI BERKARATNYA BESI DAN PERAK

. ALAT YG DAPAT MEMBERSIHKAN HATI BERKARAT ADALAH ZIKIR.

ZIKIR DAPAT MEMBERSIHKAN HATI BERKARAT SEHINGGA DAPAT BERUBAH MENJADI BENING SEPERTI CERMIN YG BERSIH.

APABILA SESEORANG MENINGGALKAN ZIKIR, HATINYA AKAN BERKARAT.
DAN APABILA IA BERZIKIR, HATINYA AKAN BERSIH".

SESUNGGUHNYA SESEORANG YG LALAI
DARIPADA MENGINGATI ALLAH SWT BERMAKNA

DIRINYA DIHINGGAPI PENYAKIT SOMBONG , LUPA ASAL KEJADIAN DIRI SEBAGAI MAKHLUK LEMAH YG DICIPTAKAN SEMATA-MATA SUPAYA MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA DAN MEWARISI SIFAT ORANG MUNAFIK,

FIRMAN ALLAH SWT YG BERMAKSUD:
" SESUNGGUHNYA ORANG MUNAFIK ITU MENIPU ALLAH DAN ALLAH AKAN MEMBALAS TIPUAN MEREKA. DAN, APABILA MEREKA BERDIRI UNTUK SOLAT, MEREKA BERDIRI DENGAN MALAS.
MEREKA BERMAKSUD RIAK (DENGAN SOLAT) DI HADAPAN MANUSIA.
DAN , TIDAKLAH MEREKA MENYEBUT ALLAH, KECUALI SEDIKIT SEKALI".
(SURAH AN-NISA: 142)

ORANG YG MEMPERBANYAKKAN ZIKIR, DOSANYA AKAN DIAMPUNI SEKALI GUS MENDAPAT GANJARAN PAHALA BESAR SEPERTI FIRMAN ALLAH SWT YG BERMAKSUD:

" LELAKI DAN PEREMPUAN YG BANYAK MENYEBUT (NAMA) ALLAH, AKU SUDAH MENYEDIAKAN UNTUK MEREKA AMPUNAN DAN PAHALA YG BESAR".
(SURAH AL-AHZAB : 35)

FIRMAN ALLAH SWT YG BERMAKSUD:" INGATNYA , HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI MANJADI TENTERAM". (SURAH AL-RA'AD : 28)

JANGAN JADIKAN SIBUK DENGAN URUSAN LUPA KEPADA ALLAH SWT. SUNGGUH ALLAH SWT MELARANG KERAS SESEORANG MEMILIKI SIFAT LALAI SEPERTI DITEGASKAN FIRMAN ALLAH SWT YG BERMAKSUD:

" JANGANLAH KAMU TERMASUK ORANG 2 YANG LALAI". (SURAH AL-A'RAF : 205)


Thursday, November 12, 2009

SiFaT- SiFaT PENDAKWAH~

Sifat-sifat Pendakwah
www.iluvislam.com
editor : almusafirq8



Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :
(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.

(b) ilmu sejarah umum.

(C) Ilmu Psikologi.

(d) Ilmu Geografi.

(e) Ilmu Akhlak

(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.

(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.

(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

12. Bersifat wakar dan tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.





BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH

Sifat wakar ada pada ;

(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.

(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.

(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.

(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.


Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.

(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.

(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.

(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.

Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.





Sumber artikel : JAIS

Tuesday, November 10, 2009

TuDuNg LaBuH~

ASSALAMUALAIKUM...

alhamdulillah, bersyukur ku ke khadrat ilahi,
kerana memberikan aku nikmat yang tidak terkira banyaknya...
alhamdulillah...

eem, hari ini, liyana nak bercerita tentang 'tudung'...

ada banyak jenis tudung...

tudung bawal?
tudung sekolah?

tudung labuh...

yap! itulah , yang liyana nak cerita...

TUDUNG LABUH~

Liyana masih ingat lagi, beberapa hari lepas, sedang liyana berjalan pulang ke rumah,
seorang sahabat baik liyana menegur, liyana dan kawan liyana.

"assalamualaikum, anti..."

"waalaikumussalam.."

"eem anti, maaf, nak tanya sikit boleh??

"boleh, tanyalah..." balas kami, serentak.

"maaf, ana nak tanya, anti berdua tak teringin ke nak pakai tudung labuh??
kenapa tak pakai tudung labuh??

liyana dan kawan liyana, terkejut dengan pertanyaan dia.

dalam masa yang sama, rasa malu meyelubungi diri..

mana, taknya...

mestilah malu, kalau kaum adam menegur kita....

tapi, satu yang liyana suka.

nak tau apa?

liyana suka cara dia tegur kami, penuh berhikmah.

dia menyusun ayat, yang sesuai terlebih dahulu agar tidak melukakan hati kami.

"teringin..mestilah teringin, siapa yang tak nak???" jawab kawan liyana.

"betul tu.. mestlah teringin..tapi,..eem tak pelah, anta tak perlu tahu, maaf.", balasku.

"eem, tak pe..k, maaf kalau anti berdua terasa..."

"eh!, tak delah..kitorang ok je..terima kasih, sebab tegur."

"sama-sama, k, assalamualaikum."

"waalaikumussalam". balas kami serentak.

eem, mesti dia tertanya-tanya.

liyana dan kawan liyana bukan tak nak bagitahu, tapi ini lebih kepada kaum hawa.
Mereka, kaum adam..mungkin tak mengerti..

liyana memang teringin nak pakai tudung labuh-labuh.

dari dulu lagi....

liyana suka sangat tengok kaum hawa kat luar tu, mereka pakai tudung labuh-labuh..
indahnya..semua terjaga dan terpelihara.

liyana memang teringin nak pakai.

aurat kita akan lebih terpelihara, daripada dilihat kaum adam.

tak perlu asyik risau, kalau-kalau aurat kita ternampak..

kerana tudung, tu dah labuh...

liyana pernah minta mak liyana belikan,

mak liyana gembira, mendengarnya..

tapi, emak liyana kata...

"kalau nak pakai tudung labuh-labuh ni, mesti kena berubah sekali..akhlak kena baik, solat kena jaga, diri kena ubah...jagan pakai tuding labuh, tapi masih tinggal solat, masih jerit-jerit..tempik-tempik."

lebih kurang macam tulah, kata ibu liyana.

sejujurnya, liyana terasa!

terkena batang hidung sendiri!...hu3

tapi, bila difikirkan balik, betul kata ibu tu..

diri kena ubah!

solat kena jaga! (memang kewajipan kita, bukan sebab pakai tudung labuh je..)

pergaulan kena jaga..(tak perlu bercakap-cakap dengan lelaki,kalau tak ada perakara penting..)

akhlak, kena baik..

eem, banyak lagi yang perlu diubah....

orang kata, kalau kita nak berubah, berubahlah perlahan-lahan.

tapi, liyana ada seorang sahabat....kagum sangat3333 dekat dia!
(jangan salah faham, hanya kagum, tak ada perasaan apa-apa!)

dia dahulu.....eem, hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI....

tapi sekarang... YA ALLAH, orang macam tak percaya!

dia yang dahulunya, suka buat rambut bermacam-macam gaya, pacak, dan...
(entahlah, ni luar daipada pengetahuan liyana..)

sekarang????

dia atas kepala dia,.....ada songkok, dan kopiah putih ..

ke mana dia pergi, mesti dia pakai.

bukan itu sahaja ,....

dia yang dahulunya,bergaul denagn kaum hawa..(tapi, tak sosial)

sekarang???

menjauhkan jarak dengan kaum hawa...bercakap dengan kami, kalau ada perkara-perkara yang penting sahaja...

kalau dulu, sahabat liyana yang nasihat dia...

sekarang???

dia yang nasihatkan sahabat liyana, dan termasuklah liyana.

kalau dia rasa ada yang tak berapa berkenan, dia tegur....

dia tak kedekut ilmu...

dia sering bersama sahabtnya (yang dia nasihat dulu..) berdakwah terhadap kami...

kadang-kadang dia, akan print arikel-artikel kat iluvislam.com
( ni, salah satu laman web kegemaran liyana juga!)

lepas dia print, dia akan sebarkan arikel tersebut kepada sahabat-sahabat liyana, termasuklah liyana.

pernah satu hari, kawan liyana baca, artikel yang dia bagi...

selepas kawan liyana baca, air mata bergenang di kelopak mata dia..tak sedar bila air mata berguguran jatuh membasahi pipi..

terima kasih buat dia!

terima kasih juga kepada ALLAH, kerana memberi hidayah dan membuka pintu hati kami.

terima kasih juga, kerana telah menemukan kami, dengan seorang sahabat seperti dia..

semoga persahbatan ini, kekal selamanya..

sahabat dunia hingga akhirat..amin:)

semoga ALLAH memberkati dia dan sahabat-sahabatnya...

liyana doakan agar, kami, dia dan sahabat-sahabat dia,
terus beristiqomah melakukan perintah ALLAH, meninggalkan segala larangaNYA, mencari redhaNYA, dan mencari cintaNYA, cinta hakiki nan abadi:)..amin:)

tahniah buat dia dan sahabat-sahabat dia..

dia mendahulukan CINTA ILAHI,

cinta dia kepada ALLAH melebihi segala-galanya..

liyana kagum dengan dia...

kata orang, kita tak boleh terus berubah macam tu je...kena sikit-sikit..dari peringkat ke peringkat..

sebab nanti, takut kita kan balik kepada yang asal...

tapi dia???

dia semakin hari, semakin baik....

sekarang, dia buat usrah dengan sahabat-sahabat dia..

sibuk dengan saham akhirat...

bagus, kan?


semoga dia terus kekal begitu..amin:)

eh! dah tukar topik!...maaf...

berbalik kepada tadi, selain kena berubah dulu..

ada satu lagi massalah...

tudung labuh ni....

mahal sangat!

liyana pernah pergi satu kedai ni...

liyana tanyalah berapa haraga tudung labuh ni,..(bukan tudung bulat)

tudung bidang 60....labuh!

tapi harganya/?? RM 40.00....mahalnya..

ASTAGHFIRULLHALAZIM!

liyna, tahu salah.. tak boleh macam ni..

tak boleh jadikan 'mahal' itu, sebagai satu alasan....

untuk menutup aurat..

menunaikan perintah ALLAH....

tapi, liyana tak jadi, nak beli...
kesian mak liyana, mahal sangat...

mak liyana, janji akan belikan kalau dapat gaji nanti...

eem, dan hari tu, mak liyana ada bagitahu liyana, maka liyana dah jumpa tudung labuh..tudung bulat....!!!..ha! tulah yang liyana cari!

alhamdulillah,

liyana tanya mak liyana, berapa hargannya?

nak tahu berapa...

RM 50.00...wah!, lagi mahal kn?

sebab yang ni kain dia berkualiti...

lagi labuh..lagi mahal...

liyana sedih sangat.

kenapa harga tudung tu mahal sangat???

kita nak memelihara aurat....

itu satu kewajipan...
tak boleh ke kalau mirah sikit???

liyana pun berangan-anagan...
bila besr nanti nak buka, butik!
butik muslilah!

tudung labuh...baju jubah, ...(bukan jubah moden!)baju kurung,baju muslimah..dan lain-lain..

ASTAGHFIRULLAHALAZIM!

bila fikir-fikir balik..
tak baik liyana cakap macam ni...

yelah, mereka pun nak cari pendapatan...

nak sara keluarga..
mugkin kalau liyana, jual nanti pun, liyana letak harga macam tu....

tapi, alhamdulillah...

mungkin tahun hadapan, liyana pakai tudung labuh, denagn sahabat liyana.

insyaALLAH.

itu pun, kalu liyana betul-betul berubah.

menjaga semuanya.

doa-doakanlah ye? amin.

em, liyana nak tambah lagi satu perkara...

nak melakukan sesuatu kena terus-menerus istiqomah....

kalau kita keluar, pakai tudung labuh...

tak kira, di mana-mana pun, kita kena pakai tudung labuh...

contohnya, masa sukan! (kat padang)

ni susah sikit....

em, bila fikir2 balik, nanti kena pakai tudung labuh masa sukan juga...

nak berlari pakai tudung labuh?

lompat tingggi???

lompat jauh???

em, yap! tak boleh, jadikan 'susah', itu sebagai alasan...

kita kena mengekalkan identiti islam, tak kira dimana kita berada...

walaupun di negara orang sekalipun...

macam, satu sekolah ni....

mereka menjaga auarat, tidak kira tempat, dan masa...

biarlah, orang kata 'kuno', sekalipun...

tak cantik.....

tapi, pada pandangan ALLAH, kita amat cantik...

cantik memelihara maruah diri...

mengikut syariat....

mengikut perintahNYA, al-quran, hadis, dan sunnah.

kan????

pengajarannya....

jangan risau kalau orang kata 'kita tak cantik',

tapi, pada pandangan ALLAH, pada kacamata islam, kitalah yang paling cantik sekali...

'sejuk mata memandang, bercahaya dunia dengan muslimah solehah sepertimu..

jangan risau, kalau orang tak nak kawan dan benci dengan kita, sebab kita tak sesuai berkawan dengan mereka...mereka 'moden'...kita 'kuno'

tapi, ingatlah.....

walaupun, mereka tak nak kawan dengan kita....

benci kita....

tapi, kitalah yang paling disayangi oleh ALLAH.....

semoga kita semua terus beristiqomah melakukan perintah ALLAH, meninggalkan segala laranganNYA, mencari redhaNYA, mencari cintaNYA..AMIN:)

INGATLAH, CINTA ILAHI, CINTA HAKIKI NAN ABADI....
CINTA YANG TIDAK AKAN DIKECEWAKAN....

wassalam.

Thursday, November 5, 2009

SaHaBaT yAnG DiSaYaNgI~



ASSALAMUALAIKUM...

SaHaBat YaNg DiSaYaNgI~ Dekat di HaTi~

- SAHABAT DUNIA HINGGA AKHIRAT~

-sahabat yang sering ku ingati, dan tidak akan dilupakan, insyaALLAH.


UKHUWAH FILLAH~





PeAcY gUrL~

2007-2009..alhamdulillah:)

NURUL MAHFUZAH BT AHMAD YANI

2002-2009

Photobucket


NUR FARHANA BT IBRAHIM KAMAL

2005-2009

Photobucket

NURUL NAJIHAH BT HASSAN

2002-2009

Photobucket

ZAWIN NAJAH BT ASRI

2003-2009

Photobucket

NATASHA ADILA BT SAHARUDDIN

2004-2009

Photobucket



Da'e~



UKHUWAH FILLAH~

MUHAMMAD AJWAD BIN AMALUDDIN~

2007-2009

Photobucket

ABDUL RAHMAN BIN ZAINI~

2008-2009

Photobucket

ABDUL KHALID ARUMI BIN HAJI ABDUL MUBBIN~

2005-2009

Photobucket


MOHAMMAD HAFIZ BIN ROZALI~

2009

Photobucket

PUTRA KAMAL BIN ABDUL RAZAK~

2005-2009

Photobucket

MUHAMMAD SYUKRI BIN ZALI~

2008-2009

Photobucket

MUHAMMAD NAJMI HANIE AFIF~

2005-2009

(MAAF, gambar tiada)

MUHAMMAD SYAFIQ KAMARUDDIN

2005-2009

(MAAF, gambar tiada)

Photobucket




1, 2, 3 AL-FARABI~


2007-2009

UKHUWAH FILLAH~

NUR HAMIZA

NURUL SYAKIRA

WAN NUR AISYAH

FATIN HAFIZAH

NUR SHAYANA AMIRA

ANIS SYAZWANI


NUR SYAHIRAH


FATIN NUR NADHIRA


NURUL NADZARTU AHDA
Align Center
HANNA SYAZANA

NURUL SYAFIRRA


AZDA LIYANA


FARAH NOR AMIRAH


NUR HAZIQAH


NURUL SYAHIZAHEERAH


MAIZATUL AKHMA


NUR AMALINA ALIEESA


ARINA ZAKIA



ABDUL RAZAK

SYED ABDUL AMIN

MUHAMMAD AZIERUL AZIM

NUR MUHAMAD ASYRAF

MUHAMMAD SYAHRIL AZMI

MUHAMMAD FAZRUL IZUDIN

MUHAMMAD NAZIRUL MUBIN

MUHAMAD SYAFIQ

AIMAN MUAZ

MUHAMMAD SYAZWAN



SaHaBaT BaIk yang tidak akn dilupakan& sentiasa diingati

~ (SAMA SEPERTI DI ATAS)

UKHUWAH FILLAH~

ERA YUZENI

Sejak kecil (teman suka, duka dahulu), alhamdulillah hingga kini...


MUHAMMAD IZZUDDIN BIN SUKOR~

2009

(walaupun tak berapa kenal, tp ukhuwah fillah ini seperti telah lama terbina alhamdulillah..)

Photobucket


MUHAMMAD AMAR BIN SALEHIN~

2008-2009
(walaupun tak berapa kenal, tp ukhuwah fillah ini seperti telah lama terbina, alhamdulillah..:)

Photobucket



MUHAMMAD SYAKIR BIN AHMAD NASIR

2007-2009
alhamdulillah:)

Photobucket


MUHAMMAD SYUKRI BIN NORHAMSHAH

2007-2009
alhamdulillah:)

(MAAF, gambar tiada)




Wednesday, November 4, 2009

NaSyId~ (24 lagu2 nasyid)...



ASSALAMUALAIKUM~


lagu-lagu nasyid yang terdapat disini, ialah salah satu lagu-lagu kegemaran saya.
sebenarnya, ada banyak lagi, tapi hanya ini yang dapat saya selitkan.
insyaALLAH, nanti saya akan letak lebih banyak lagi.
Lagu-lagu nasyid ini, mempunyai banyak nilai-nilai murni, dan pengajaran.

mari!!!! sama-sama kita menghayati lagu dan lirik nasyid tersebut.


Menanti Solehah~ Aiman

Tak perlu ada dirimu
Andainya menambah luka
Tak perlu kau tabur dendammu
Mencipta sengketa lara

Kau noda cinta yang setia
Cinta yang membara
Apa kau terlupa
Kau bakar resah yang ku bendung
Sabar yang ku rindu
Jenuh ku bertahan

Jangan berhenti jangan terhenti
Mencari teduh cinta sejati
Aku peduli aku simpati ranjauanmu

Aku menanti ayuh solehah
Yang indah budi sederhana
Aku doa engkau pun jua bahagia

Yang lalu biarkan berlalu
Tak mungkin tercantum lagi
Redhala ketentuan ini
Tak usah diamuk resah

Lihatlah sang mentari
Menyuluh luas bumi
Cahayanya menerangi
Begitu hidup ini
Sinarnya kan menanti…



Antara Dua Kasih
Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai




Epilog Silam
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...


Damba Kasih
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..


Kalimah Cinta
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku


Allahu Rabbi
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In Team
http://liriknasyid.com


Who is The Creator
Who is The Sustainer
Surely He's The One
Lord of all mankind

Ya Allah...
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Anta Ya Rabbi Anta Ya Rahman Anta Ya Allah
Allahu Rabbi

Chand or sittarre bohot cham ketey he
Khuda ke bagar roshni ka wujud nehi he
Roshni ke baht andera hota he
Sab kuch khuda ke wujud nehi he

Har parta darakh sigh girta he
Ye sab kuch khuda ki taqath he
Sammandar or zamin me kitni mitthi he
Sab kuch khuda ki iradat he

Bulan dan bintang hiasi alam
Tiada kan bercahaya tanpa izinNya
Terangnya siang berganti malam
Tiada sekali menyalahi aturannya
Maha Kuasa Tuhan yang menciptakannya

Helaian dedaunan gugur dari pepohonan
Pasti dalam pemerhatian kudratnya Tuhan
Butiran pasir di daratan dan di dasar lautan
Tetap dalam pandangan iradat Tuhan.



Taubat Seorang Hamba
Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...



Tika Dinihari
Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

KeredhaanMu
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih


Pemergianmu
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu


Taman Firdausi
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com




Indahnya taman Firdausi

Tak terbayang di mata

Tak terjangkau di hati

Kurniaan yang abadi

Itulah taman syurga tertinggi

Bagi mukmin yang sejati

Di sana tiada derita

Bahkan usia ?kan kekal remaja

Wajah ceria berseri

Tanda nikmat tak terperi

Indahnya syurga itu janjiNya

Bagi insan yang bertaqwa

Bidadari dan para pemuda syurga

Bagaikan kilau mutiara

Sungai yang mengalir beraneka rasa

Limpah rahmat Yang Esa

Tiada duka tiada resah

Dan tiada jemu yang melanda

Di sanalah keindahan

Kebahgiaan jiwa yang hakiki

Selamanya

(Kurniakan syurgaMu Ya Allah... Ya Rahman...Ya Rahim)

Haruman Raihan yang memikat sukma

Dan linangan Salsabila

Mahligai permata megah mempesona

Tak tergambar hebatnya


Nur Syahadah
Album :
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Tika terbuka hari
Cahaya yang cerah
Menerangi hatimu
Mulus terbias di wajah

Kau sambut dengan redha
Hadirnya hidayah
Nekad pendirian terungkai kalimah

c/o
Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Sejernih embun pagi
Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia

Bridge
Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai takwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu?



Kasihku Abadi
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...


Insan Bernama Kekasih
Album : Nur Kasih vol. 2
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa

Ku ucapkan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz kesyukuran

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihku dalam dirimu
Menghiasi ruang hatimu
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih



Doa Seorang Kekasih
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


Bisikan Nurani
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini


Kasih Kekasih
Album :
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan


Sebuah Pertemuan
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


Akrab Persahabatan
Album :
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua


See You D IPT
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekatimu

Sepucuk surat ku tulis
Menyatakan harapan
Walaupun ku kebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan

C / O 1:
Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan

Warkahmu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis See You D IPT

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan

(Ulang C/O 1)

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan

Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman

Andai kau kembali ku temui
Akan ku menuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis See You D IPT


Untukmu Teman
Album :
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com


Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganm
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Reff:
Kini dengarkanla
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

back to reff:
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya

Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya



Mahar Cinta
Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..


Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-MU

Permataku
Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com


Hafiz:
Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

C/O:
Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Izzat:
Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...


C/O:

Bridge:
Along: Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...


Cinta Terakhir
Album : Single Terbaru
Munsyid : Aiman Akademi Nasyid
http://liriknasyid.com


Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....